Webinar Cybersecurity Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Digodam
12 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Jun 2026, dua orang peserta telah menyertai Webinar Cybersecurity yang bertajuk Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Digodam. Webinar ini telah memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan keselamatan siber dalam penggunaan teknologi dan internet. Menerusi sesi ini, peserta didedahkan dengan ancaman siber seperti penggodaman, pencurian maklumat peribadi serta kaedah yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan akses kepada akaun pengguna.
Webinar ini turut berkongsi langkah-langkah pencegahan seperti menjaga kata laluan, mengenal pasti cubaan penipuan dalam talian serta mengamalkan penggunaan internet yang lebih selamat dan berhemah.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan melindungi data peribadi serta membentuk pengguna digital yang lebih bijak dan peka terhadap keselamatan siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: